Cars

E-Hailing Drivers To Get Government Financial Help

The Prime Minister has just released this statement and details on how E-Hailing drivers will be helped during this tough few months ahead. But we are more worried about small business owners who have not be able to earn any money during this lockdown and still have overhead costs to cover.

The government’s “Package Prihatin” economic stimulus package that was announced today will cover a number of sectors. Among the highlights (full story here) was an RM500 one-off payment to the nation’s 120,000 e-hailing drivers.

Given e-hailing drivers come from multiple backgrounds and some do it as supplementary income, here are other portions of the Package Prihatin that may be of interest:

  • Additional RM200 a month for police, immigration and customs department (MAY be applicable for part-time grab drivers in those fields)
  • Free internet from April until the end of the MCO (1GB per day)
  • National Caring Aid: RM1600 for households earning less than RM4,000/mth. RM1,000 for households earning RM4,000 above/mth. RM800 for singles earning less than RM2,000/mth. RM500 for singles earning between RM2,000/mth and RM4,000/mth.
  • RM200 for students who are in higher learning institutions
  • RM250 for retired civil servants
  • 6 months of rent free living for those in PPRs
  • Discounted electric bills between 15-50%

Also note that most banks will allow for a moratorium on housing loans and hire purchase loans for 6 months.

Back in February, the economic stimulus package proposed under the Pakatan Harapan government made out RM600 to taxi drivers.

Here’s the Prime Minister’s speech.

PRESS RELEASE

Seperti yang saya janjikan, hari ini saya akan mengumumkanPakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATINberjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepadaanda semua.

Daripada jumlah ini, hampir RM128 bilion disalurkan untukmelindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS)dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara. Manakalasebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakejrangsangan sebelum ini.

Pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untukmeringankan beban yang ditanggung oleh anda semua. Samaada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecildi Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating ataupenarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpuratau pasar tamu di Kundasang. Anda semua akan menikmatimanfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyatini. Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akantercicir. No one will be left behind.

Keutamaan kerajaan pada waktu ini ialah untuk membendungpenularan wabak COVID-19. Untuk itu, saya telahmengumumkan peruntukan berjumlah RM500 juta kepadaKementerian Kesihatan Malaysia. Bagi meningkatkan lagikeupayaan Kementerian, Kerajaan akan menyalurkanperuntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelianperalatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19,termasuk mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripadaperkhidmatan kesihatan swasta.

Selain itu, bagi menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebihbanyak ujian COVID-19, pihak industri insurans dan takaful akanmewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggungkos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiappemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan olehKKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmalswasta. Di samping itu, syarikat insurans dan takaful keluargaakan menawarkan penangguhan pembayaran premium atausumbangan untuk tiga bulan bagi pencarum yang sumberpendapatan mereka terjejas akibat wabak ini.

Dalam pakej rangsangan ekonomi yang pertama, Kerajaan telahbersetuju memberikan elaun khas kepada doktor, jururawat dankakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalampengurusan dan pembendungan wabak ini. Saya sedar dalamsituasi getir pada waktu ini, kakitangan kesihatan kita sedangbekerja bertungkus lumus dalam keletihan dan keadaan yangagak tertekan. Namun mereka terus cekal berjuangmengharungi cabaran yang hebat ini.

Sebagai menghargai pengorbanan mereka, Kerajaan akanmeningkatkan elaun khas yang diterima daripada RM400kepada RM600 sebulan mulai 1 April 2020 sehingga wabak iniberakhir. Pada masa yang sama, Kerajaan juga bersetujumemanjangkan elaun khas sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, anggota AngkatanPertahanan Awam serta anggota RELA yang terlibat secaralangsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.Elaun ini juga akan dibayar mulai 1 April 2020 sehingga wabakCOVID-19 berakhir. Dianggarkan seramai 169,000 kakitangantambahan akan mendapat manfaat ini.

Saya faham bahawa dalam keadaan bencana seperti yang kitasedang hadapi ini, sebahagian besar daripada saudara-saudariterjejas dari segi sumber pendapatan. Untuk meringankanbeban anda, kerajaan akan menyediakan Bantuan PrihatinNasional, iaitu pemberian tunai secara one-off denganperuntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akandisalurkan juga kepada kumpulan M40. Mereka ini termasukpekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecildan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Jumlah bayaran yang akan dibuat ialah:

● Pertama: RM1,600 kepada hampir 4 juta isi rumah yangberpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah. BayaranRM1,000 akan dibayar pada bulan April 2020 dan RM600pada bulan Mei 2020.

● Kedua: RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yangberpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 yang akandibayar pada bulan April 2020 sebanyak RM500 dan bakiRM500 pada bulan Mei.

● Ketiga: RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah. Bayaran RM500 akan dibayar pada bulan April2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

● Keempat: RM500 kepada 400,000 individu bujang berusia21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan lebihRM2,000 hingga RM4,000. Bayaran sebanyak RM250akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 padabulan Mei.

Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program BantuanSara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar padabulan Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.

Saya juga tidak lupa kepada para pelajar institusi pengajiantinggi. Anda juga akan menerima bantuan secara one-offsebanyak RM200 seorang yang akan dibayar pada bulan Mei2020. Bantuan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM270 juta kepada pelajar di pelbagai peringkat pengajian tinggi termasukmatrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS.

Begitu juga dengan golongan mudah terjejas seperti wargaemas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainanupaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal.Kerajaan akan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosialyang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, baranganpenjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk merekadengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Sebelum ini, Kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkanbayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulanmelibatkan kutipan sebanyak RM750 juta. Kini, Kerajaanbersetuju memberikan penangguhan bayaran balik pinjamanuntuk tempoh yang sama kepada peminjam PerbadananTabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK mulai 1 April 2020hingga 30 September 2020, dengan anggaran kutipan sebanyakRM149.2 juta. Inisiatif ini akan memanfaatkan seramai 174,500orang peminjam.

Pada masa ini, mySalam menyediakan manfaat kepadagolongan B40 yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitanCOVID-19. Pesakit boleh menuntut bayaran penggantianpendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari. Sebagai tambahan kepada inisiatif ini, sukacita sayamengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untukmemanjangkan manfaat ini kepada golongan B40 yangdikuarantin sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI).

Saya sedar bahawa ada di kalangan saudara-saudari yangmenabung untuk simpanan hari tua dalam Skim PersaraanSwasta atau PRS. Dalam keadaan yang sukar pada waktu ini,tentulah saudara-saudari memerlukan wang tunai daripada apajua bentuk simpanan untuk digunakan bagi menampungperbelanjaan harian. Sehubungan itu, Kerajaan membenarkanpengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim PersaraanSwasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpasebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hinggaDisember 2020.

Saya juga tahu keperitan yang dihadapi oleh golongan B40 dikawasan bandar, terutamanya mereka yang tinggal di ProjekPerumahan Rakyat dan Perumahan Awam. Sehubungan itu,Kerajaan bersetuju untuk memanjangkan pengecualianpembayaran sewa bagi PPR daripada sebulan yang diumumkansebelum ini kepada enam bulan dengan jumlah kos sebanyakRM3 juta ditanggung oleh kerajaan.

Pengecualian pembayaran sewa ini melibatkan 3,636 unit rumahPPR disewa atau transit di bawah pengurusan KementerianPerumahan dan Kerajaan Tempatan. Bagi unit sewa untuk milikpula, penangguhan pembayaran bulanan diberikan selamaenam bulan bagi pembayaran balik pembiayaan bermula bulanApril hingga September 2020. Penangguhan pembayaran inimelibatkan kos RM5.7 juta bagi 4,649 unit rumah.

Manakala bagi Perumahan Awam pula, Dewan BandarayaKuala Lumpur akan memberi pengecualian yang sama yangmemanfaatkan lebih 40,000 penyewa. Saya menyeru kepadaKerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan lain supayamemberikan pengecualian yang sama bagi meringankan bebanpenghuni PPR di negeri masing-masing.

Kerajaan juga bersetuju memberikan pengecualian sewaanselama enam bulan untuk semua premis milik KerajaanPersekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedaiserbaneka dan lain-lain. Ini termasuk semua premis milik agensidan badan berkanun Kerajaan Persekutuan. Saya jugamenggesa agar Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan danGLC memberikan pengecualian yang sama.

Dalam pakej rangsangan ekonomi yang lepas, Kerajaan telahmemperuntukkan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15% ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2% bagisektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah diSemenanjung Malaysia mulai 1 April 2020. Sebagai tambahan,Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad akan menambahperuntukan sebanyak RM530 juta lagi untuk memberikandiskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikutpenggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowattsebulan. Diskaun 50% akan diberikan kepada penggunaanelektrik bawah 200 kilowatt, 25% bagi penggunaan antara 201hingga 300 kilowatt dan 15% bagi penggunaan 301 hingga 600kilowatt. Diskaun ini akan berkuatkuasa bagi tempoh enambulan mulai bil bulan April 2020. Sementara itu, diskaunsebanyak 2% seperti dimaklumkan sebelum ini akan terusdinikmati oleh semua pengguna isi rumah.

Bagi industri telekomunikasi dan multimedia, beberapa pakejkhas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikattelekomunikasi. Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialahinternet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaanPerintah Kawalan Keselamatan tamat. Selain itu, tambahanRM400 juta akan dilaburkan untuk meningkatkan liputan dankeupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dankualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan.

Kerajaan juga tidak lupa menjaga kebajikan semua penjawatawam yang terus setia menjalankan amanah kepada negara.Bagi menghargai sumbangan mereka, Kerajaan akanmemberikan bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-offkepada lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawahtermasuk mereka yang bekerja secara kontrak. Bayaran akandibuat pada bulan April 2020. Sumbangan pesara Kerajaan jugatidak dilupakan. Dengan ini, Kerajaan akan menyalurkanbantuan sebanyak RM500 secara one-off kepada lebih 850,000pesara Kerajaan juga pada bulan April 2020.

Dalam tempoh kritikal ini, adalah penting untuk memastikanbekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi. Kerajaan akanmemperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana JaminanMakanan. Selain itu, Kerajaan juga akan terus menyalurkanpelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayantermasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan danperikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

Kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM100 jutabagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempatpenyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasitanaman. Sebagai langkah tambahan, Kerajaan akanmenyediakan dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkanprojek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkanhasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan. Ini untuk memastikanbekalan makanan terjamin. Langkah ini akan melibatkanperuntukan sebanyak RM64.4 juta.

Kerajaan juga akan memperkenalkan Program Subsidi Upahuntuk membantu majikan mengekalkan pekerja. Dalam keadaanyang sukar ini, saya tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja danhilang pendapatan. Menerusi program ini Kerajaan akanmenyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiappekerja untuk tempoh tiga bulan. Program ini dikhususkankepada pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 danmajikan yang mengalami penurunan pendapatan lebih 50%sejak 1 Januari 2020. Majikan mesti memastikan mereka tidakmembuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cutitanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program inidilaksanakan. Selain itu, majikan juga tidak dibenarkanmemotong gaji sedia ada perkerja. Langkah ini dijangkamemanfaatkan 3.3 juta orang pekerja dengan peruntukansebanyak RM5.9 bilion.

Saya tahu pendapatan harian pemandu e-hailing sepenuh masaturut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah KawalanPergerakan. Bagi meringankan beban mereka, Kerajaan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan sebanyak RM60juta. Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi sebelum ini, kerajaantelah mengumumkan pemandu teksi akan menerima bayaranone-off sebanyak RM600 mulai 1 April 2020.

Bagi memastikan kebajikan pekerja yang terlibat dengan kontrakperkhidmatan seperti perkhidmatan pembersihan dan bekalanmakanan bermasak di sekolah, IPTA, institusi latihan awamserta agensi-agensi lain Kerajaan termasuk badan berkanun,Kerajaan bersetuju untuk membayar gaji yang ditanggung olehkontraktor yang terlibat sepanjang tempoh Perintah KawalanPergerakan walaupun pekerja tidak hadir bekerja. Lebih 80,000pekerja akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yangmelibatkan peruntukan berjumlah RM110 juta. Selain itu,Kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan tempoh kontrakperkhidmatan yang berkenaan selama sebulan sebagai trade-offdengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, termasukusahawan mikro, Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akanmenyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion yangmerangkumi lima inisiatif utama.

  • ●  Pertama: Menambah dana dalam tabung BantuanKemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKSsebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlahkeseluruhannya RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagikeseluruhan dana ini akan dikurangkan daripada 3.75%kepada 3.5%.
  • ●  Kedua: Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilionkepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua SektorEkonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaankepada PKS.
  • ●  Ketiga: Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlahkeseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah. Skim iniakan dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional denganmenawarkan kadar faedah 2% sahaja tanpa cagaran.Syarat kelayakan pinjaman juga dilonggarkan denganminimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi.Amaun pembiayaan juga ditingkatkan daripada maksimumRM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikrodalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniagaatas talian.
  • ●  Keempat: PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurangdaripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-idan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad(CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.
  • ●  Kelima: Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP)akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilionselain meningkatkan kadar jaminan daripada 70% kepada80% bagi syarikat PKS yang menghadapi masalahmendapatkan pinjaman. Menerusi inisiatif-inisiatif di atas, saya percaya institusikewangan akan terus memberikan sokongan padu kepada PKSyang berdaya maju, lebih-lebih lagi dalam menghadapi cabaranekonomi yang agak muram pada masa ini. Saya juga prihatin dengan nasib pemilik-pemilik syarikat yangmengalami masalah aliran tunai. Untuk membantu saudara-saudari yang tertekan dengan masalah ini, kerajaan akanmelaksanakan beberapa langkah.
  • ●  Pertama: KWSP akan memperkenalkan program KhidmatRundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan inimerangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturandan penjadualan semula sumbangan majikan. Langkah inidijangka memberikan penjimatan aliran tunai kepadamajikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion. Inisiatif iniakan memanfaatkan lebih 480,000 PKS dan syarikat yangterjejas, di samping menyelamatkan lebih 8 juta pekerjaan.
  • ●  Kedua: Mengecualikan pembayaran levi TabungPembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektoruntuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020. Langkahini dijangka membantu aliran tunai syarikat denganpenjimatan keseluruhan bernilai RM440 juta;
  • ●  Ketiga: Dengan rasa peduli terhadap masalah yang dihadapioleh kira-kira 750 ribu PKS, Kerajaan juga membenarkanpenangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatankepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April2020. Ini adalah tambahan kepada langkah yangdiumumkan terdahulu di mana Kerajaan telah memberipenangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaanyang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulanbermula 1 April 2020. Bagi sektor lain yang turut terkesan,mereka dibenarkan untuk meminda jumlah cukai pendapatan yang dikenakan pada bulan ketiga, keenam dankesembilan ansuran dalam tempoh asas perniagaan.

Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, bagi membantu PKSserta individu, Kerajaan menyambut baik kesanggupan institusiperbankan untuk menawarkan penangguhan atau moratoriumbayaran pinjaman selama enam bulan, penukaran baki kadkredit kepada pinjaman berjangka dan penstrukturan semulapinjaman korporat. Langkah ini adalah penting untukmembolehkan syarikat terus berkemampuan untukmengekalkan pekerjaan dan segera meneruskan aktivitiperniagaan masing-masing. Inisiatif ini melibatkan jumlahkeseluruhan sekurang-kurangnya RM100 bilion. Saya pastianda yang meminjam dengan bank untuk membeli kereta,rumah dan lain-lain boleh menarik nafas lega sedikit denganinisiatif ini. Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah.

Saya bagi pihak Kerajaan amat berterima kasih kepada BankNegara Malaysia dan industri perbankan yang menawarkankelonggaran ini. Sebagai balasannya, Kerajaan bersetujusupaya pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan keatas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat denganpenangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini,hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterimaselepas tempoh moratorium.

Selain itu, langkah moratorium akan dipanjangkan dandilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dankoperasi serta mana-mana agensi kerajaan yang memberipinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang matapencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkandengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, MajlisAgama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentukmodal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan danazakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yangberpatutan.

Fasa pertama yang melibatkan kerjasama antara Bank IslamMalaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam WilayahPersekutuan akan bermula dalam bulan Mei 2020. Usahawanyang layak akan diberi latihan keusahawanan, pengurusankewangan dan sokongan untuk membangunkan perniagaanyang dipilih.

Saya faham sektor korporat juga terjejas dengan situasi yangkita hadapi pada waktu ini. Sektor ini tidak akan diabaikan.Justeru, Kerajaan menyambut baik usaha institusi perbankan yang bersedia untuk menstruktur semula bayaran balik pinjamansektor korporat bersesuaian dengan prestasi perniagaanmereka.

Selain itu, Kerajaan juga akan menyediakan kemudahan skimjaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80%daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluanmodal kerja. Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepadapenilaian kredit oleh Danajamin. Kemudahan ini disasarkankepada perniagaan yang berdaya maju dalam semua sektoryang menghadapi kesukaran akibat wabak COVID-19.

Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagisetiap perniagaan. Kemudahan ini akan disediakan untukpemohonan mulai 1 Mei sehingga 31 Disember 2020, atausehingga dana jaminan digunakan sepenuhnya.

Daripada semua bantuan kerajaan ini, saya nak beri satu contohmudah supaya saudara-saudari senang kira. Contohnya, Makcik Kiah penjual goreng pisang yang duduk di PPR Desa TunRazak, yang suaminya adalah pesara kerajaan dan sekarang inibawa Grab. Anak Makcik Kiah adalah peminjam PTPTN.Pendapatan isirumah Makcik Kiah di bawah RM4000 sebulan.Dengar baik-baik. Saya nak bantu buat pengiraan berapakeluarga Makcik Kiah akan dapat.

Keluarga Makcik Kiah akan dapat Bayaran Prihatin Nasionalsebanyak RM1600, baki BSH sebanyak RM600, bantuan pesarasebanyak RM500, bantuan tunai e-hailing sebanyak RM500 danbantuan orang bujang sebanyak RM800. Kalau suami MakcikKiah berkhidmat dengan RELA, dia akan dapat RM 200 sebulansehingga wabak berakhir. Keseluruhan pemberian tunai yangkeluarga Makcik Kiah akan dapat ialah sekurang-kurangnyaRM4200.

Selain itu, keluarga Makcik Kiah juga akan dapat penjimatansewa PPR selama 6 bulan sebanyak RM744, penjimatanpenangguhan pinjaman kenderaan selama 6 bulan sebanyakRM1800, penjimatan bayaran bil elektrik selama 6 bulansebanyak RM120.

Anak Makcik Kiah juga akan dapat penjimatan daripadapenangguhan bayaran balik PTPTN selama 6 bulan sebanyakRM1200.

Kalau Makcik Kiah ada buat pinjaman kredit mikro untukperniagaan goreng pisang dengan bayaran balik pinjamansebanyak RM100 sebulan, Makcik Kiah akan dapat penjimatansebanyak RM600.

Keseluruhan penjimatan ialah sebanyak RM4,464.

Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima olehkeluarga Makcik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatanialah sebanyak RM8,664. Jadi Makcik Kiah pun dah bolehtersenyum sikit dengar kiraan yang saya buat.

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Langkah yang telah diperkenalkan dalam Pakej ini jugabertujuan untuk memastikan aktiviti ekonomi negara berterusan,terutamanya dengan penyaluran tunai melalui Bantuan PrihatinNasional. Di samping itu, Kerajaan akan memberi tumpuankepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesanpengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan.

Untuk tujuan ini, Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projekkecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif diSabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balaipolis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akanmemanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4. Bagi tujuan ini,peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan.

Pada masa yang sama, projek kecil bernilai RM2 bilion yangdiumumkan dalam pakej sebelum ini akan mula dilaksanakan

pada bulan April 2020. Projek-projek ini termasuk projekinfrastruktur di kawasan FELDA dan lain-lain bernilai RM600juta, projek membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawakbernilai RM350 juta dan projek membaik pulih perumahan rakyattermiskin bernilai RM150 juta.

Kerajaan juga akan meneruskan pelaksanaan semua projekyang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL,MRT2 serta Pelan Gentian Optik dan KesalinghubunganNegara. Usaha ini selaras dengan fokus Kerajaan untukmemastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.

Saudara-saudari yang saya kasihi sekalian,

Pakej PRIHATIN ini merupakan manifestasi Kerajaan yangmengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.Kerajaan akan membuat suntikan fiskal langsung berjumlahRM25 bilion untuk membantu mengurangkan beban rakyat danpemilik perniagaan dalam mengharungi cabaran ekonomi yangsukar ini. Strategi dan langkah yang akan dilaksanakan adalahberdasarkan kepada keupayaan fiskal semasa dan ketersediaanmudah tunai pasaran kewangan domestik yang mencukupi.

Kerajaan akan sentiasa memastikan akaun semasa fiskalmempunyai lebihan dan tidak menggunakan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan operasi. Hampir semua langkah iniadalah secara one-off supaya tidak membebankan kewanganKerajaan Persekutuan dalam jangka masa sederhana. Langkahini penting untuk memastikan kedudukan fiskal dan hutangnegara sentiasa mampan. Sehubungan itu, Kerajaan perlukembali melaksanakan langkah konsolidasi fiskal dalam jangkamasa sederhana bagi mewujudkan ruang fiskal untuk jangkamasa panjang.

Sepertimana yang telah diumumkan semalam, untukmenzahirkan keprihatinan dan kepedulian pimpinan kerajaanterhadap keperitan rakyat pada masa ini, saya dan rakan-rakandalam Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju agar duabulan gaji kami semua dipotong dan disalurkan ke dalamTabung COVID-19. Tabung ini akan digunakan untuk membantusaudara-saudari yang terjejas dengan penularan wabak COVID19.

Selain itu, saya juga telah mengarahkan semua Kementerianmengkaji semula belanjawan masing-masing untuk mencaripenjimatan agar ianya dapat digunakan untuk menampunglangkah-langkah jangka sederhana bagi menangani wabak virusini.

Saya juga telah mengarahkan Kementerian Kewangan melaluiUnit LAKSANA untuk memastikan pakej PRIHATIN bernilaiRM250 billion ini sampai kepada saudara dan saudari semuadengan cepat.

Saya tahu saudara-saudari yang berada di rumah-rumahpanjang di Sarawak, di penempatan orang asal, di kawasan-kawasan yang jauh di pedalaman di segenap ceruk rantaunegara ini, mungkin bimbang bantuan yang disediakan olehkerajaan lambat sampai. Untuk itu, Kerajaan Persekutuan akanbekerjasama dengan kerajaan negeri, khususnya di Sabah danSarawak, untuk pastikan semua bantuan yang disediakan olehkerajaan sampai dengan cepat.

Saudara-saudari yang saya kasihi,

We are a nation at war with invisible forces. The situation we are now facing is unprecedented in history. And, this government may not be the government that you voted for. But I want all ofyou to know that this government cares for you. I resigned to thefact that I came in as your Prime Minister not at the best moment.I face political, economic and health crisis all at the same time.

This unprecedented situation of course requires unprecedented measures. So, my dear brothers and sisters, and the children of this beloved country, whether you are a Malay, Chinese, Indian,Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, please bear with me and my friends in the cabinet and the government. We are not perfect, but we are doing the best we can to pull through this crisis together, as one nation. God willing, we will come out stronger when this crisis ends and the dust settles. Insya Allah.

Saya minta sokongan daripada saudara dan saudari sekalian, marilah kita berganding bahu mengharungi krisis ini bersama-sama.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button